Monday 28 May 2012

panduan kesihatan..

KANSER SERVIKS : LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

Kanser  serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan 
wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan 
lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser 
Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan 
menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita. 
Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada 
tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak  lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 
penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes 
bagi setiap 100 000 penduduk.  
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human 
Papilloma Virus (HPV)  khususnya jenis 16 dan 18.  Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan 
kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV 
ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.  Secara umumnya, walaupun 
kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia 
boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada  tisu di pangkal rahim dan  sebahagian boleh 
menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.  
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut?  Menurut kajian yang dijalankan, 
jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh 
menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya  ia disebarkan melalui  hubungan seks. Kajian yang 
dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita 
yang  aktif seks menjadi pembawa kepada  virus tersebut dalam seumur hidup mereka. 
Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa 
tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis 

BY : DR HARMY MOHD YUSOF (PRESIDEN PAPISMA 07/08)

No comments:

Post a Comment