Monday 28 May 2012

kuliah terakhir..

minggu ini merupakan kuliah terakhir..lagipon hanya tinggal beberapa kelas sahaja minggu ini..gementar kian terasa menjalang hari peperiksaan..marilah kwn2..kita kuatkan semangat agar dapat mencapai kejayaan..

kenali mata anda..


#mari lah kita kenali tentang mata kita...#

panduan kesihatan..

KANSER SERVIKS : LELAKI PEMBAWA, WANITA MENDERITA

Kanser  serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan 
wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan 
lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser 
Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan 
menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita. 
Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada 
tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak  lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 
penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes 
bagi setiap 100 000 penduduk.  
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human 
Papilloma Virus (HPV)  khususnya jenis 16 dan 18.  Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan 
kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV 
ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.  Secara umumnya, walaupun 
kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia 
boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada  tisu di pangkal rahim dan  sebahagian boleh 
menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.  
Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut?  Menurut kajian yang dijalankan, 
jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh 
menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya  ia disebarkan melalui  hubungan seks. Kajian yang 
dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita 
yang  aktif seks menjadi pembawa kepada  virus tersebut dalam seumur hidup mereka. 
Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa 
tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis 

BY : DR HARMY MOHD YUSOF (PRESIDEN PAPISMA 07/08)

pc fair 2012..

http://pikom.org.my/cms/General.asp?CatID=12&ProductID=22461&whichfile=PC+Fair+InfoCentre

ciri-ciri orang berjaya..

1. ada visi
2. yakin pada diri
3. bersedia untuk belajar
4. betol2 minat untuk melakukan sesuatu
5. tahu apa yang diimpikan
6. istiqamah/ berterusan

Friday 18 May 2012

final exam~







3 weeks more to the exam corner~~
what we want actually..
just look back at yourself..
what are you lack for..?
what do you want for make your life change??
so, just tell at yourself..
do you really want to be a successful person or so so one??
tell to your heart!
it is really help in your decision making process..
you know,..
it is called MUHASABAH~~
try it is once..
and you can get yout answer~~
HAPPY NICE DAY!!!

Sunday 29 April 2012

iPHONE 5....


iPhone 5: Samsung Galaxy S3 Cannot Beat Apple Phone in US - Why?


 Samsung has recently confirmed the Samsung Galaxy S3 will sport a quad-core processor, the Exynos 4 Quad. The quad-core chip will make Galaxy S3 a speed demon and it could pose a big threat to iPhone 5, which is expected to pack A6 chip. According to recent reports, however, that may only be true for the global Galaxy S3 version as the U.S.-bound Galaxy S3 may have to settle for a dual-core offering.
"Samsung plans to release its Galaxy S III smartphone according to different specifications and different markets," one Samsung executive toldThe Korea Times, under condition of anonymity. "For European consumers, it will use 3G and the company's own quad-core mobile APs, while its own solution that combines LTE, 3G and quad-core mobile APs will be used for the Korean version. But only in the United States will Samsung use Qualcomm chips."
Global vs. U.S. Version
The U.S. has seen this sort of settlement before, with the HTC One X. The global version runs Nvidia's Tegra 3 quad-core chip, but America has received a less powerful version - the dual-core Snapdragon S4 processor.
Nothing is official yet, and the reasoning behind Samsung's alleged U.S. downgrade has not been documented. For the HTC One X, the reason was that some of the latest quad-core chips were not compatible with the modems necessary for 4G networks. The same 4G incompatibility issues may apply to the Samsung Galaxy S3 as well, forcing Samsung to use a dual-core chip instead of the global version's quad-core.
Qualcomm Chips Shortage
News of a shortage in Qualcomm S4 chips has recently surfaced, adding more uncertainty to the highly-competitive smartphone market. "Although the manufacturing yields are progressing per expectation, there's a shortage of 28-nanometer capacity," Qualcomm CEO Paul Jacobs recently announced.
According to Korea Times, however, Samsung officials said the company is "closely monitoring the situation," but Samsung is increasingly using its own solutions for its Galaxy range, therefore the impact of the "Qualcomm tsunami" should be limited. Moreover, Samsung officials reportedly added that Qualcomm should supply its chipsets even under a "heavy chip shortage," as Samsung is a top-tier customer.
However, even if Galaxy S3 hits the U.S. market with dual-core chip, it will still be one of the most powerful Android smartphones to be released in 2012. And, it could send Apple back to the drawing boards. 
Rumored Specs
The much-anticipated Samsung Galaxy S3 is considered to be the next major Android smartphone on the market, especially since Samsung confirmed its new quad-core Exynos chip (even if it may only be available in the global version). Additional reports indicate the Samsung Galaxy S3 will feature a 4.5-/4.8-inch HD screen, 8-/12-megapixel camera, NFC technology and Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
However, nothing is certain until officially confirmed. Samsung will unveil its new Galaxy S3 smartphone on May 3 in London, at Earls Court. Unless Samsung decides to make other official announcements ahead of the big launch, which is unlikely, we'll have to wait until the May 3 unveiling to draw a clear line between rumors and reality.
(reported by Alexandra Burlacu, edited by Dave Clark)

Monday 23 April 2012

apakah hukum memakai pendakap gigi..






Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Friday 20 April 2012

midsem sem 2 tahun 1..

bersedia untuk berperang pada hari ini dan seterusnya.. hari ni makroekonomi 1 esok prinsip pemasaran.. YA ALLAH mudah-mudahan dipermudahkan segala amalan.. GOOD LUCK kawan2 seangkatan..kita jumpa di medan perang ya!!

Monday 2 April 2012

tips penjagaan bateri komputer riba..


10 tips penjagaan bateri komputer riba..

1. Charger/AC Power
Jika korang berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.

2. Kawal Suhu Laptop
Jika korang menggunakan bateri, pastikan suhu laptop korang tidak terlalu panas. Jika suhu laptop korang terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop korang berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, korang perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU
Korang boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode
Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata korang juga.

7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa yang aku maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)
Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)
Apa yang aku maksudkan dengan jadual tugasan tue. Bunyinya cam kelakar plak. Hm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem korang. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

Monday 26 March 2012

info tentang ict...top ten antivirus!

saksikan lah top 10 antivirus software pada tahun 2011 ini...

maklumat am...kawanku!

ni adalah kawan baik saya semasa berada di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS tahun 2010/2011..
setelah setahun tak jumpa,,inilah kejayaan dia..walaupon sekarang dia sedang menuntut di USM dalam bidang perniagaan, tetapi dia mampu mencapai kejayaan sampingan ini...

Wednesday 21 March 2012

maklumat am..keputusan spm!


tahniah kepada semua calon spm 2011.. terutama kepada MUHAMMAD IZZATDANIEAL BIN MD YUSOF.. anda telah mencipta rekod dalam keluarga kita dengan mendapat kejayaan 10A dalam spm...hehe.. terima kasih~~ terima kasih kerana telah membuktikan kepada ahli keluarga yang lain yang keluarga kita mampu menyahut cabaran mereka! anggaplah kejayaan itu satu jambatan untuk pergi yang lebih jauh...


Wednesday 14 March 2012

aktiviti mingguan..

hari pertama kami masuk ke kelas CMIE membuatkan kami rasa teruja apabila tugasan yang dibuat bertujuan mendidik kami membuat perniagaan sendiri... profile sendiri,ada nama syarikat dan sebagainya..
   
nama syarikat kami, WALTZ Tech Co. BHD... wah,macam gempak kan?? lagi2 bila zeti jadi CEO.. macam mana ye bila jadi CEO? kat sini la zeti nak belajar macam mana nak uruskan sebuah syarikat..

Sunday 11 March 2012

info tentang ICT..android!

mari mengenal apa itu ANDROID??


Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?
Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Samsung Galaxy YSony Ericsson Xperia PlaySamsung Galaxy S2Sony Ericsson Xperia X8HTC Desire S, dan sebagainya. Untuk melihat harga (RM) telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, sila rujuk sini.
Gambar di bawah ialah infografik sejarah Android. (Sila klik pada gambar untuk saiz sebenar)
Taufik Mansor: Mungkin ramai di luar sana yang tidak mampu untuk memiliki telefon pintar Android yang harganya mencecah ribuan ringgit bukan? Jangan bersedih. Anda juga boleh pasang atau jalankan sistem operasi Android di komputer atau netbook anda. Selamat mencuba. :D

Thursday 8 March 2012

maklumat am..senyum!

senyum itu sedekah..
senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat persahabatan, senyum itu pelaris jualan, senyum itu penambah kasih, senyum itu pengiktirafan, senyum itu juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyum itu membawa kebaikan.

14 fakta tentang kelebihan senyum.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ’endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ’adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Wednesday 29 February 2012

maklumat am..baby!

kita semua dilahirkan di dunia dengan bantuan ibu kita.. tapi kita tahu ke bagaimana hidup kita dalam perut ibu kita???jom teropong sikit maklumat ni...hehe..
Pada peringkat awal hidup, kamu berada dalam rahim ibu. mula-mula cuma setitik yang halus, tetapi selama sembilan bulan di dalam rahim, kamu kian membesar dan mengalami banyak perubahan sehingga akhirnya bersedia untuk hidup di dunia luar. 

Berumur 3 minggu - mulanya, sebahagian besar tubuh bayi terdiri daripada Otak dan Tulang belakang.

Berumur 5 minggu - Jantung mula berdenyut. lihat punca mata, tunas tangan dan kaki.

Berumur 6 minggu - Mula mempunyai muka, dada, dan abdomen yang sempurna.

Berumur 8 minggu - Semua bahagian penting telah terbentuk walaupun bayi masih kecil.

Berumur 10 minggu - Kuku tangan, kuku kaki dan kelopak mata mula tumbuh.

Berumur 3 bulan - Bayi telah terbentuk dengan sempurna, ia hanya perlu membesar dan bertambah kuat.
 

Berumur 4 bulan - Bayi sudah boleh bergerak-gerak di dalam rahim. Rambut, alis mata dan bulu mata mulai tumbuh.

Berumur 5 bulan - kepala lebih besar daripada badannya walaupun badannya akan membesar dengan cepat namun ia, masih kelihatan agak kurus.

Berumur 7 bulan - Jika bayi lahir sekarang ia mempunyai peluang baik untuk terus hidup kerana paru-parunya boleh bekerja dengan baik untuknya bernafas.

Berumur 9 bulan - Bayi lebih gemuk kerana kulit dibawahnya telah berubah. Bayi ini bersedia untuk dilahirkan.

Semasa berada di dalam rahim ibu, bayi telah melatih membuat beberapa perkara yang akan menolong bayi setelah dilahirkan kelak.

Latihan yang paling penting ialah, menghisap dan menelan. Ini bermakna bayi boleh menghisap susu ibu atau susu botol sebaik-baik sahaja dilahirkan.

Bayi juga belajar memegang dengan jari-jari, batuk, bersin, menguap, kesedu dan menggeliat.

Selama 9 bulan Ibu mengandungkan kita. Justeru itu, hargailah jasa Ibu, hormatilah Ibu dan sayangilah Ibu selama Ibu masih hidup dan doakan setiap masa bagi seorang Ibu yang sudah tiada lagi semuga Ibu di letakkan di kalangan orang-orang yangterpilih dan dirahmati



Berumur 4 bulan - Bayi sudah boleh bergerak-gerak di dalam rahim. Rambut, alis mata dan bulu mata mulai tumbuh.

Berumur 5 bulan - kepala lebih besar daripada badannya walaupun badannya akan membesar dengan cepat namun ia, masih kelihatan agak kurus.

Berumur 7 bulan - Jika bayi lahir sekarang ia mempunyai peluang baik untuk terus hidup kerana paru-parunya boleh bekerja dengan baik untuknya bernafas.

Berumur 9 bulan - Bayi lebih gemuk kerana kulit dibawahnya telah berubah. Bayi ini bersedia untuk dilahirkan.

Semasa berada di dalam rahim ibu, bayi telah melatih membuat beberapa perkara yang akan menolong bayi setelah dilahirkan kelak.

Latihan yang paling penting ialah, menghisap dan menelan. Ini bermakna bayi boleh menghisap susu ibu atau susu botol sebaik-baik sahaja dilahirkan.

Bayi juga belajar memegang dengan jari-jari, batuk, bersin, menguap, kesedu dan menggeliat.

Selama 9 bulan Ibu mengandungkan kita. Justeru itu, hargailah jasa Ibu, hormatilah Ibu dan sayangilah Ibu selama Ibu masih hidup dan doakan setiap masa bagi seorang Ibu yang sudah tiada lagi semuga Ibu di letakkan di kalangan orang-orang yangterpilih dan dirahmat
i