Monday 26 March 2012

info tentang ict...top ten antivirus!

saksikan lah top 10 antivirus software pada tahun 2011 ini...

maklumat am...kawanku!

ni adalah kawan baik saya semasa berada di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS tahun 2010/2011..
setelah setahun tak jumpa,,inilah kejayaan dia..walaupon sekarang dia sedang menuntut di USM dalam bidang perniagaan, tetapi dia mampu mencapai kejayaan sampingan ini...

Wednesday 21 March 2012

maklumat am..keputusan spm!


tahniah kepada semua calon spm 2011.. terutama kepada MUHAMMAD IZZATDANIEAL BIN MD YUSOF.. anda telah mencipta rekod dalam keluarga kita dengan mendapat kejayaan 10A dalam spm...hehe.. terima kasih~~ terima kasih kerana telah membuktikan kepada ahli keluarga yang lain yang keluarga kita mampu menyahut cabaran mereka! anggaplah kejayaan itu satu jambatan untuk pergi yang lebih jauh...


Wednesday 14 March 2012

aktiviti mingguan..

hari pertama kami masuk ke kelas CMIE membuatkan kami rasa teruja apabila tugasan yang dibuat bertujuan mendidik kami membuat perniagaan sendiri... profile sendiri,ada nama syarikat dan sebagainya..
   
nama syarikat kami, WALTZ Tech Co. BHD... wah,macam gempak kan?? lagi2 bila zeti jadi CEO.. macam mana ye bila jadi CEO? kat sini la zeti nak belajar macam mana nak uruskan sebuah syarikat..

Sunday 11 March 2012

info tentang ICT..android!

mari mengenal apa itu ANDROID??


Dewasa kini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli dan memiliki telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Mungkin sesetengah anda di luar sana yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya apakah itu Android?
Untuk makluman, Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU.
Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, contohnya Samsung Galaxy YSony Ericsson Xperia PlaySamsung Galaxy S2Sony Ericsson Xperia X8HTC Desire S, dan sebagainya. Untuk melihat harga (RM) telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, sila rujuk sini.
Gambar di bawah ialah infografik sejarah Android. (Sila klik pada gambar untuk saiz sebenar)
Taufik Mansor: Mungkin ramai di luar sana yang tidak mampu untuk memiliki telefon pintar Android yang harganya mencecah ribuan ringgit bukan? Jangan bersedih. Anda juga boleh pasang atau jalankan sistem operasi Android di komputer atau netbook anda. Selamat mencuba. :D

Thursday 8 March 2012

maklumat am..senyum!

senyum itu sedekah..
senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat persahabatan, senyum itu pelaris jualan, senyum itu penambah kasih, senyum itu pengiktirafan, senyum itu juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyum itu membawa kebaikan.

14 fakta tentang kelebihan senyum.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kitatersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyumanmemperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari dikalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit sertamengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ’endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ’adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistempertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.